Budaya Sekolah
Definisi Budaya
Menurut
Deal dan Peterson(1999), John(2010) dan Garatt(1990), budaya ialah
entiti keseluruhan yang kompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, norma, adat
resam dan kemahiran-kemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi ataupun
diperoleh dan diaplikasi di dalam kehidupan. Kesemua elemen ini adalah
penting dalam menghuraikan sesuatu perkara ataupun perlakuan (Deal dan
Petterson, 1999). Manakala, menurut Ma’rof Redzuan dan rakan-rakan
(2001) pula menghuraikan budaya sebagai fabrik masyarakat yang mengikat
ahli-ahli masyarakat dan institusinya melalui set matlamat dan nilai
yang disediakan oleh budaya masyarakat itu sendiri. Ia juga lebih
dikenali sebagai concensual dan holistic (menyeluruh).
Definisi Budaya Sekolah
Maksud
budaya sekolah menurut Banks dan Banks(1993), Deal dan Peterson (1998)
ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri
dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol,
tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi
tersendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya Dengan
Kepemimpinan, Komitmen Organisasi Dan Pencapaian Akademik oleh Yaakob,
2007. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu
faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi
sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya
terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan.
Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi,
kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang
membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang
dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991;
Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk
oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling
berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah
kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).
Sifat budaya sekolah
Melalui
definisi-definisi di atas, terdapat beberapa sifat yang dapat kita
pastikan dalam membentuk budaya sekolah. Setiap sifat dan dalam
rangkaian budaya mempunyai fungsi dan peranan serta pengertian yang
tersendiri yang menjadi asas sekolah. Maksud yang tersirat dalam
sifat-sifat budaya sekolah menurut Shatar Sabran (2001) adalah seperti
simbol, norma yang terdiri daripada Mores dan resam, nilai, kepercayaan dan ritual, bahasa, tradisi dan perayaan, konvensi dan andaian dan pengetahuan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi budaya sekolah
Daripada
yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri yang
membentuk sistem yang tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi dalam membentuk budaya sekolah. Antara faktor-faktornya
ialah nilai dan misi, struktur organisasi, komunikasi yang berkesan,
persekitaran kerja, pemilihan dan pengambilan pekerja, perancangan
kurikulum, belanjawan dan pengurusan sumber, sistem nasihat dan disiplin
dan komuniti.
Definisi visi, misi dan nilai
Visi
ialah tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang
berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya (Kamus Dewan
Edisi Empat). Visi juga merupakan matlamat sekolah yang berorientasikan
pencapaian. Misi ialah memberi arah tuju dan tujuan sekolah yang nyata.
Ia adalah cara merancang pelan operasi bagi mencapai objektif dan
sasaran oleh masyarakat sekolah. Nilai adalah bagaimana sifat-sifat
dapat dicapai.
Nilai dan visi mempengaruhi budaya sekolah.
Budaya
sekolah merupakan elemen yang penting dalam sesebuah sekolah dan
dipengaruhi oleh nilai dan kepercayaan yang menjadi asas dam visi
sekolah. Selain itu, struktur dan sistem sekolah membolehkan sekolah
memilih cara bagaimana ia menjalankan aktiviti visi. Visi sekolah
terdapat dalam pernyataan dasar sekolah yang timbul daripada nilai dan
kepercayaan sekolah. Visi dan misi sangat penting di dalam sesebuah
sekolah, ini merupakan matlamat sekolah dan hala tuju sekolah sesebuah
sekolah. Visi dan misi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam
membentuk wawasan sekolah dan merupakan pemangkin setiap warga sekolah
untuk mencapainya. Oleh itu, nilai dan visi merupakan pengaruh yang
penting dalam membentuk budaya sekolah dan tanggungjawab warga sekolah
untuk mencapainya. Ini adalah kerana nilai dan visi adalah cermin
sesebuah sekolah tersebut.
Sumber : http://budaya-sekolah.blogspot.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar